Wednesday 24 July 2013

perkahwinan: hati perlu ikhlas

assalamualaikum...

arini sy cuma nak share secara bebas pendapat, pemerhatian & pengalaman sy setelah 2 bln lebih berkahwin. untuk yg baru nak berkahwin tu, xrugi kalau anda baca.. walaupon baru 2 bulan, byk jugak yg kita akan nmpk...percaya la kak ton.. (tibe2)

sebenarnya, kebanyakan dari kita (x kira perempuan or lelaki) sebelum diijabkabulkan, kita akan dapat macam2 jenis perasaan.. masa ni, bg yg x kuat pendirian or cinta, mungkin akan tarik diri.. saat2 tu, kita akan berbelah bagi, apakah kita akan bahagia or sebaliknya.. nak2 pulak klu kita rajin wat research pasal rumahtangga, kita akan jumpa macam2 cerita rumahtangga. ada yg hepy, ada yg hancur..

kepada bakal2 pengantin, kuatkan semangat anda..perkahwinan itu sememangnya sangat indah..sebab pd saat ini, kita akan punya seorang teman yg sgt rapat..melebihi apa yg kita pernah ada sebelum ini..bayangkan, kita akan tinggal bersama dia, berkongsi segala2nya dgn dia...termasuk bantal peluk kesayangan..saat ini sebenarnya kita perlu mengadaptasikan diri sesuai dgn situasi.jika kena dgn caranya, kamu seperti berada di syurga dunia...

sebenarnya, cinta semata2 x cukup untuk lalui alam perkahwinan ini.. ia memerlukan lebih dari itu..pengorbanan, komitmen, sikap2 murni seperti jujur dan saling mempercayai...
disamping mampu berkomunikasi secara positif. yakni meransang pasangan untuk menjadi lebih baek serta menceriakan hari2 pasangan anda. semua ini memerlukan hati yg ikhlas.

mcm mana nak dapat hati yg ikhlas...yg menerima kekurangan & kelebihan pasangan kita? untuk memupuk atau memujuk hati, kita perlu kembali kepada Sang Pencipta hati itu sendiri....


rata2 dari kalangan kita sering merungut,.."pasangan sy x memahami."
"pasangan sy suka melakukan perkara haram..."
 jawapannya ada pd diri kita....
sila tanya pd diri sendiri, apakah kita seorang yg memahami? apakah kita sempurna dlm mengikut syariat?

dan...sebenarnya bila direnung2... benar apa yg terkandung dalam kitab suci al-quran...orang yg beruntung adalah orang yg beriman dan beramal soleh...

wanita mudah patuh kepada suami yg soleh....kerana sebaik2 lelaki adalah mereka yg paling baek  terhadap isteri mereka...suami soleh akan memimpin tangan isteri ke jalan syurga...

dunia ini penuh dengan hiasan(keindahan)...seindah2 hiasan adalah wanita solehah...kerana wanita solehah akan mejaga harta, nama dan maruah suaminya...wanita solehah mampu membantu suaminya di akhirat kelak...

beruntunglah kita jika mendapat pasangan yg sebegitu....alhamdulillah...

jika tidak?

 mungkin kita juga belum sempurna...maka jangan lah dilepaskan tangan begitu saja...jgn kerana kamu baru berubah maka kamu tinggalkan pasangan terumbang-ambing...sesungguhnya doa suami kepada isteri adalah mustajab, begitu la sebaliknya....maka doakanlah supaya pasangan kita mendapat hidayah, keampunan dan kebahagiaan...

ingat2...

perkahwinan itu adalah penyatuan dua hati...baek buruk seseorang juga terbit dr hatinya...

jika mahu menyucikan sekeping hati, mohonlah bantuan dari Sang Pencipta hati itu sendiri...Allah swt...


wallahu'alam bissawab...