Friday 28 June 2013

komunikasi suami isteri

baru - baru ni dapat beli buku yg bleh kata 'most wanted' la dlm wish list sy..cuma xde la hunting buku tu...n kebetulan ada rezeki jumpa edisi BM dia kat pesta buku...buku yg sgt sinonim dgn komunikasi suami isteri iaitu "men are from Mars, women are from Venus"..

jd dgn rasa gembiranya nak share la amende yg John Gray citer lam buku tu..
katanya:

1. untuk memudahkan komunikasi, kita mula2 sekali kena anggap yg lelaki n perempuan ni berasal dari planet yg sgt berbeza. lelaki dr marikh, perempuan dr venus. jd setiap kali ada perbezaan pendapat/ tingkah laku, just igt "oww my hubby/wife ni makhluk planet laen..sbr2..."

2. cara lelaki hadapi masalah adalah dgn menyendiri/bertenang..manakala perempuan akan berbual2 mengenainya.

3. jika lelaki diam tapi dia kata ok, means, dia yakin boleh selesaikan masalahnya..klu dia x ok, dia akan seek for advice dr sape yg dia rasa bleh selesaikan masalah tu. jd wifey, jgn risau klu suami anda kata dia ok..just bg dia masa, biar dia bertenang...tu adalah cara menyokong yg terbaek saat ini.. n jgn byk tanya.. nti kamu mungkin akan dimarahi(tindakan luar kawal)

4. jika perempuan diam, n dia kata ok, means dia memang x ok...sebab fitrahnya perempuan byk kuota bercakap...klu dia ok or x ok dia tetap akan bercakap kecuali klu dia sakit...jd hubby, klu wife u kata ok tp muka monyok mcm tikus itam, sila la korek rahsia dia dgn baek..saat2 ni dia hanya perlukan pendengar..kamu x perlu kuarkan apa2 nasihat or solusi...kamu cume perlu tadah telinga n wat bunyi2 mcm paham la sgt...cth: owh...uh-huh...ermm...right..really? n....something like dat la..

5. lelaki perlu rasa dihargai n diterima dgn segala cacat celanya...bila dia rasa disokong, dia akan sgt bertenaga n bersemangat untuk berubah, yakni maju dalam hidup...

6. perempuan mahu rasa dimengerti dan disayangi tanpa belah bagi...jika perempuan merajuk, guna perkataan terbaek yg ada dlm kamus hidup anda,..jgn terkejut klu dia akan jd seorang yg paling memahami & penyayang yg pernah anda jumpa....

7. lelaki x suka diarah2, diingati selalu seakan budak kecik..ini akan menjatuhkan harga dirinya..dia akan rasa mcm nyanyuk, bodoh, or pemalas.. klu nak mintak tolong, sila guna perkataan "boleh tolong sayang?"..instead of "boleh buat x or boleh ke tolong sayang?"

8. perempuan sgt sensitif pada fitrahnya, namun rata2nya kurang kesedaran tentang naluri suami mereka yg juga inginkan kelembutan dan kasih syg...

9. saat lelaki wat salah, sila relaks..jgn kuarkan ayat yg menyalahkan dirinya..sebaliknya tunjukkan la rasa kasih syg yg x berbelah bagi padanya... lelaki akan bertindak defensif bila merasakan diri mereka dipersalahkan kerana mereka sgt takut kehilangan kasih syg dr isteri mereka.. jd mereka akan cuba sdaya upaya untuk kelihatan betul.

10. sila layan pasangan anda sama seperti masa bercinta..itulah diri anda yg membuatkan dia jatuh cinta..jika anda berubah menjadi 'orang laen' selepas berkahwin, jgn expect pasangan akan syg anda exactly mcm dulu..adil?

11. bila menegur pasangan, pastikan anda dalam mood tenang..klu rasa2 diri xleh bertenang, sila jauhkan diri sebentar, tulis sepucuk surat cinta padanya..sentiasa mulakan dgn panggilan yg baek, nyatakan rasa marah, sedih, kesal, takut dan cinta anda...dalam setiap baris ayat, elakkan menyalahkan pasangan. sebaliknya, cuma nyatakan apa yg anda rasa bila dia buat bende yg anda x suka tu..

cth: syg sedih bila abang jarang ada masa dgn sayang..sayang kesal abang terpaksa kerja keras untuk kita..syg takut rasa cinta kita akan pudar...sayang sgt sygkan abg...syg hargai apa yg abg lakukan utk kluarga kita..syg tahu abg sedang usahakan yg terbaek.

p/s: jwpn yg syg nak dgr ialah, "abg akan luangkan masa untuk syg malam ni"

bg kata cinta hantar la kat pasangan...klu rasa nak luahkan perasaan geram je, xyah hntr..tp problem xkan setel..

ummm lebih kurang camtu la ulasan sy..hihi...klu nak taw lebih lanjut, sila la beli buku tu k..sgt menarik.. mudah2an dapat membantu kita berkomunikasi dgn lebih baek, dan mengelakkan pergaduhan...sayangilah pasangan anda..n jgn lupa byk berdoa!


p.s: walau apa sekalipun, setiap orang dilahirkan unik..maklumat yg sy share kat atas mungkin secara general...mcm Mr T sy sendiri, bukan sume ciri2 lelaki kat atas ada pdnya...dan bukan sume ciri2 perempuan d atas ada pd diri sy sendiri..terima pasangan seadanya..jdkan kelebihan kamu menutup kekurangan dia ,,dan sebaliknya...insyaAllah...

No comments:

Post a Comment