Monday 28 October 2013

Airmata suami

Isteriku...
Andai kau tahu
betapa jerihnya aku mencari rezeki
Betapa risaunya aku saat tiap kali meninggalkanmu
Betapa aku ingin membahagiakan kau, disamping tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kedua ibubapa dan keluarga..
Betapa aku harap dapat disisimu tiap saat kau sakit...
Betapa aku dambakan kasih sayang dan belaian manjamu...

Kerana aku suami yang
Bukan setiap saat kuat...
Bukan setiap waktu mampu...
Bukan setiap hari sihat....

Isteriku...
Aku ingin kau
Kuat dalam setiap ujian menimpa..
Tegas menjaga maruahmu dan agama..
Cekal mendidik diri dan keluarga...

Tabahkan hatimu wahai isteri...
kerana apa yg paling aku inginkan hanya melihat kebahagiaan di wajahmu...

No comments:

Post a Comment