Monday 25 February 2013

Checklist Pengantin Perempuan dan Lelaki

Sy nak share ape yg perlu ada dlm checklist pengantin perempuan bajet bawah RM10k mcm sy..hehew..

1. baju nikah L/P + tudung n shawl + songkok n sampin RM400
2. kasut RM50 RM20 (murah kn..tp slesa :) )
3. hantaran nikahX11bekas RM1400 (termasuk hiasan)
4. cateringX500pax RM3000
5. lauk pengantin RM200
6. manisan RM250
7. doa selamat  RM400
8.  baju sandingX2 + persalinanX3 + mekapX2 + pakej hiasan dewan + aksesori + meja pengantin RM4680 (share half2 ngan Mr T jd RM2340)
9. khemahX4 + upah RM800
10. goodies bag/ door gift RM300
11. bunga paharX50pcs RM100
12. sewa dewan comey RM200
13. tag time kasih + bunga tangan + pin badge utk fmly RM??? (not yet)

total sume lebih dr RM9k (hantaran sy)...jd mana yg x cukup tu pandai2 la sy tambahkan...

ni plak barang2 yg di sponsor <------ Checklist Pengantin lelaki bleh rujuk sini jgk

1. kursus kawin RM160 - Mr T
2. upah kadi RM115 - Mr T
3. Gamba n Video RM3500 - Mr T
4. Kad kawenX600pcs RM720 - Mr T
5. DJ RM600+ - ayah mertuaku
6. Kambing golek RM1k+ - kak ngah
7. Kek RM1++ - acik
8. Goodies bags + manisan - mak n a.long
7. pakej honeymoon RM1k+ -Mr T

untuk pihak lelaki,yakni abg2 kacak sekalian....bajet anda akan bertambah..di mana anda perlu menanggung;

1. hantaran + mas kahwin RM10k
2. kenduri sendiri RM10k lg
3. rumah + kelengkapan rumah RM10k++++

p/s: bajet di atas mengikut harga barang & perkhidmatan di negeri Perak. sesuai untuk mereka yg nak wt majlis secara sederhana. klu nak wt lg simple, buang la mana yg x perlu tu.

untuk abg2 kite ni sebenarnya 10k untuk kenduri pon da cukup meriah, (klu wat kat umah la)..cuma at least kne sediakan tempat tinggal or paling2 tidak ada set bilik tido (in case duk umah mak ayah). banyak benda yg kne pertimbangkan, sbb tu org tua2 ckp keje kawen ni bukan bnde mudah.ehh TERbeleter pulak..opss..c ya!



No comments:

Post a Comment